Masjid Khairiah Kg. Ngor, Sauk, Perak

Masjid Khairiah Kg. Ngor, Sauk terletak di dalam daerah Kuala Kangsar, Perak.

Masjid ini dibina pada tahun 1964 dan akan genap berusian 60 tahun pada tahun 2024 nanti.

Masjid yang asalnya adalah sebuah surau ini, menampung jemaah dari 2 buah kampung yang bersebelahan iaitu Kg. Ngor dan Kg. Changkat Duku.

Bersebelahan masjid ini juga terdapat sebuah Sekolah Tahfiz yang menempatkan lebih kurang 30 orang pelajar.

Pelajar tahfiz ini akan menunaikan solat fardhu, solat Jumaat dan solat tarawih di bulan Ramadhan bersama ahli kariah di masjid ini.

Setiap kali menjelang Hari Raya Aidil Fitri & Aidil Adha masjid ini menjadi tumpuan ahli kariah bersama ahli keluarga dan saudara mara yang balik ke kampung.

Antara keperluan mendesak yang sangat-sangat diperlukan adalah :

1. Membesarkan ruang solat utama :
- Buat masa ini masjid memiliki ruang solat yang terhad iaitu 6 saf sahaja.
- Cadangan :
- memecahkan tembok batu di sebelah kanan dan kiri dalam masjid bagi meluaskan lagi ruang solat.

2. Membina bilik imam dan bilik mesyuarat.
- Cadangan :
- Menambah binaan pada tanah kosong di bahagian hadapan masjid.

3. Membina tempat parkir motorsikal.

4. Membaik pulih tandas lelaki dan wanita yang terdapat kerosakan.

Borang Infaq

RM
+60
RM
powered by